Wednesday, February 13, 2013

Kepentingan Zakat


Dari Anas r.a katanya:Abu Bakar menulis surat kepadanya menjelaskan apa yang diperintahkan rasulullah s.a.w (perihal zakat). Katanya:Janganlah mengumpulkan yang bercerai dan jangan menceraikan yang berkumpul kerana takut membayar zakat.
Huraian Hadith: 
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Zakat diertikan sebagai tumbuh dan bertambah. Ianya juga bererti berkat, bersih, suci, subur dan berkembang maju. Firman Allah S.W.T yang bermaksud: Dan dirikanlah kamu akan sembahyang serta keluarkanlah zakat dan taatlah kamu kepada Rasul supaya kamu beroleh rahmat. (an-Nur: 56) .Sejarah telah membuktikan bahawa Khalifah Abu Bakar telah memerangi orang-orang yang mengingkari membayar zakat kerana sesungguhnya mereka yang kaya dan berada harus menyedari bahawa di dalam harta mereka wujud hak orang-orang fakir dan miskin. Di antara hikmah Allah S.W.T mensyariatkan zakat ialah:-

¢ mengagihkan kekayaan dari golongan yang berada kepada golongan yang kurang berada, iaitu sistem sosio ekonomi Islam.
¢ membersihkan diri membayar zakat.
¢ membersihkan dan menyuburkan harta pembayar zakat.
¢ mewujudkan sifat bersyukur terhadap nikmat yang dikurniakan oleh Allah s.w.t di kalangan orang yang berada
¢ mengurangkan perasaan irihati di kalangan orang yang bernasib baik.

## so marilah kite menyucikan harta2 kita,ingat semua di dunia hanyalah bersifat sementara dan tidak kekal. Semoga semua mendapatkan keredaan Nya.Amin...

No comments:

Post a Comment